Monday, June 22, 2026
HomeBERITAOps Khas Aidiladha Kesan 1,264 Kes Bawa Kenderaan Tanpa Lesen Memandu

Ops Khas Aidiladha Kesan 1,264 Kes Bawa Kenderaan Tanpa Lesen Memandu

JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 1,264 pemandu di negeri ini memandu tanpa lesen memandu sepanjang tujuh hari operasi khas sempena Aidiladha, berakhir kelmarin.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan, berkata kesalahan itu amat serius kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mampu mencetuskan insiden tidak diingini jika kemalangan.

Katanya, analisis data Ops Khas berkenaan menunjukkan tahap kesedaran terhadap pematuhan peraturan keselamatan jalan raya, khususnya bagi kenderaan persendirian di negeri ini masih pada skala rendah.

“Sebanyak 45,395 kenderaan diperiksa sepanjang operasi itu, dengan 83 kenderaan disita membabitkan 66 motosikal, sembilan kereta dan lapan kenderaan lain atas kesalahan tidak selamat atau tidak layak berada di jalan raya,” katanya.

Keseluruhannya, sebanyak 5,744 notis kesalahan dikeluarkan dalam operasi berkenaan, termasuk 1,163 notis bagi cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan 1,021 notis kerana kenderaan tiada perlindungan insurans.

“Selain itu, 1,264 pemandu di negeri ini dikesan memandu tanpa lesen memandu, 169 pemandu atau tiga peratus dikesan memandu secara tidak selamat dan berisiko tinggi iaitu kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan maut.

“Antara kesalahan lain turut dikesan adalah memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak memakai topi keledar atau tali pinggang keselamatan,” katanya.

Azmil menegaskan, JPJ Johor akan terus melaksanakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang berdegil dan melanggar undang-undang jalan raya.

“JPJ Johor serius dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya, terutama ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan,” katanya.

Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan salah laku trafik melalui aplikasi MyJPJ (e-Aduan@JPJ) atau emel aduantrafik@jpj.gov.my.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Hampir Meroyan, Rasa ‘Lost’, Menangis Teresak-Esak’

0
KUALA LUMPUR – “Saya hampir-hampir nak meroyan. Selepas melahirkan Akira rasa macam ‘lost’. Demikian pengakuan isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu, Watie yang melalui tempoh berpantang...

CATEGORIES