Monday, August 10, 2026
HomeLUAR NEGARALelaki Bakar Al-Quran di London Dijatuhi Hukuman

Lelaki Bakar Al-Quran di London Dijatuhi Hukuman

LONDON: Seorang lelaki kelahiran Turkiye yang membakar al-Quran di London dijatuhi hukuman semalam atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam bermotifkan kebencian agama.

Namun, kes berkenaan mendapat pembelaan kumpulan pejuang kebebasan bersuara.

Hamit Coskun, 50, menjerit ‘Islam agama keganasan’ dan ‘al-Quran sedang dibakar’ semasa membakar kitab suci itu di luar Konsulat Turkiye di London pada Februari lalu.

Hakim Daerah John McGarva di Mahkamah Majistret Westminster mendapati Coskun bersalah berikutan berkelakuan tidak senonoh berdasarkan ‘pendengaran atau pengamatan seseorang yang mungkin terganggu, terancam atau cemas akibatnya’.

McGarva berkata Coskun bermotifkan kebencian terhadap penganut agama tertentu iaitu Islam, dan menjatuhkan denda £240 (sekitar RM1,378) serta surcaj undang-undang £96 (RM551).

“Tindakan kamu membakar al-Quran di lokasi itu sangat provokatif disertai kata-kata kesat yang menyasarkan agama dan sekurang-kurangnya sebahagiannya bermotifkan kebencian terhadap penganut Islam,” kata hakim.

Pendakwa raya menegaskan Coskun tidak didakwa kerana membakar al-Quran, tetapi kerana kelakuan tidak senonoh di tempat awam.

“Dia didakwa atas tingkah laku yang mengganggu ketenteraman awam,” kata Philip McGhee dari Perkhidmatan Pendakwaan Diraja (CPS).

Seorang orang awam merakam kes itu, yang turut menunjukkan seorang lelaki dipercayai memegang pisau atau senjata tajam menghampiri Coskun dan dilihat cuba menyerangnya, menurut keterangan mahkamah.

Coskun, seorang ateis yang kini memohon suaka di United Kingdom (UK), mendakwa melalui media sosial bahawa dia melakukan bantahan terhadap kerajaan Islam pimpinan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Kos guamannya ditanggung oleh Free Speech Union (FSU) dan National Secular Society, yang berhujah dia secara tidak langsung sedang dihukum atas jenayah menghina agama walaupun Britain menjamin kebebasan bersuara.

FSU menyifatkan keputusan itu sebagai ia ‘amat mengecewakan’ di akaun X mereka.

“Semua orang patut bebas untuk meluahkan pendapat dan memprotes secara aman, walaupun ia dianggap menghina atau menyakitkan hati sesetengah pihak,” kata kenyataan FSU.

Dalam kenyataan melalui FSU, Coskun berkata sabitan ke atasnya adalah ‘serangan terhadap kebebasan bersuara’.

“Undang-undang penghinaan agama Kristian telah dimansuhkan lebih 15 tahun lalu di negara ini.

“Tidak wajar seseorang didakwa kerana menghina Islam. Kalau saya bakar kitab Injil di luar Westminster Abbey, adakah saya akan didakwa? Saya sangsi (akan dikenakan tindakan),” katanya.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Benda Disangka Hancurkan Itulah Dekatkan Kita Pada Allah’ – Yassin Yahya

0
PETALING JAYA – Pernah berdepan pengalaman pahit yang menggemparkan negara, pelawak Yassin Yahya mengakui insiden dilalui menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri serta menjaga hubungan...

CATEGORIES