Monday, August 17, 2026
HomeHIBURANBunkface, OAG Berkongsi Pentas Dengan Nidji

Bunkface, OAG Berkongsi Pentas Dengan Nidji

KUALA LUMPUR: Dua kumpulan popular, Bunkface dan OAG akan berkongsi pentas dengan band terkenal dari Indonesia, Nidji sempena Malika Mega Music Festival 2025 di Parking 1A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 31 Mei ini.

Festival itu turut menampilkan band indie popular seperti Krusty, Steeltoe Solutions, Conflict Crisis, Iqbal M dan No Good. Selain itu, penampilan istimewa selebriti serba boleh, Kelly Azman sebagai pengacara.

Acara dibawakan oleh EMT Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama penaja utama seperti MOSS, Yeo’s dan Halo Optical, selain rakan kongsi lain.

EMT Ventures meneruskan kejayaan cemerlang dalam menganjurkan acara seperti Kulit Wayang Cultural Run dan pelancaran filem mahu memberikan pengalaman berbeza dengan menggabungkan warisan budaya Malaysia dan hiburan muzik kontemporari.

Turut diadakan, Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Malika iaitu satu inisiatif untuk memupuk kreativiti dan memartabatkan warisan budaya Melayu melalui seni tarian moden dan tradisional.

Acara di sebelah pagi mengetengahkan bakat pelajar dan komuniti bersemangat dalam persembahan menggabungkan budaya Melayu dan tarian kontemporari.

Ia juga menjadi peluang kepada golongan muda dan pelajar untuk menonjolkan kreativiti serta memartabatkan warisan budaya bangsa.

Sementara itu, jurucakap penganjur EMT Ventures Sdn Bhd berkata, festival itu adalah acara pertama membabitkan penyatuan muzik dan budaya dalam satu platform.

“Kami komited mencipta pengalaman penuh warna-warni dan memberi impak, selain pencetus peluang kepada generasi muda untuk mengekspresikan kreativiti.

“Orang ramai juga dijemput mengikuti perkembangan terkini acara ini menerusi media sosial, MalikaMusicFest.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyertai satu hari penuh muzik, budaya dan vibe yang bersatu,” katanya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Program Jiwa Murni MADANI Dekati Komuniti Alor Gajah

0
ALOR GAJAH - Kementerian Pertahanan (Mindef) menyalurkan dana sebanyak RM312,200 pada Program Jiwa Murni MADANI (PJM) Daerah Alor Gajah bagi memperkasa komuniti setempat menerusi...

CATEGORIES