Wednesday, June 3, 2026
HomeBERITALelaki Maut Tersepit Nahas Dua Lori

Lelaki Maut Tersepit Nahas Dua Lori

SUBANG JAYA – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam nahas dua kenderaan di kilometer (KM) 9.9 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 5.48 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku kemalangan membabitkan dua buah lori jenis Hicom.

“Mangsa lelaki berusia 40-an yang memandu sebuah lori tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan pada pukul 6.15 pagi.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, dua lagi mangsa lelaki iaitu pemandu dan penumpang berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kecederaan ringan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Cik B Hanya Gurau Manja, Tapi Risau Mulut Dia Masin’

0
SHAH ALAM – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tidak menafikan usikan manja anak perempuannya, Cik B menjadi punca tercetusnya gosip cinta antaranya dengan...

CATEGORIES