Saturday, October 3, 2026
HomeBERITA‘Influencer’ Thai Minta Maaf Pakai Jubah Promosi Babi Panggang

‘Influencer’ Thai Minta Maaf Pakai Jubah Promosi Babi Panggang

BANGKOK – Seorang pesohor media sosial Thailand memohon maaf kerana mempromosikan hidangan babi panggang di restoran miliknya sambil memakai pakaian tradisi umat Islam, lapor portal berita Thaiger semalam.

Charoensak Tony Phosichai atau lebih dikenali sebagai Uncle Tony, 48, menyiarkan iklan tersebut di platform TikTok.

Dalam rakaman berkenaan, Tony memakai jubah berwarna putih bersama serban sambil memegang daging babi.

“Hai! Selamat menyambut perayaan Songkran! Semoga anda semua kaya dan sihat sejahtera. Mari kita sambut Tahun Baru Thai! Sesiapa berminat mencuba hidangan babi panggang boleh datang ke Restoran Krua Lung Tony,” kata Tony dalam klip video itu.

Tony kemudian menghidangkan hidangan itu kepada pelanggan sambil memakai pakaian sama.

Rakaman itu tular dan mencetuskan kemarahan ramai netizen dari kedua-dua masyarakat beragama Buddha dan orang Islam.

“Padamkan klip video ini sebelum pukul 6 petang dan buat permohonan maaf. Anda pasti menyesal jika tidak melakukannya,” kata seorang netizen.

“Kamu tidak sepatutnya memakai pakaian itu untuk mempromosikan babi. Kamu tahu ia tidak sesuai. Jangan fikir hanya tentang ‘viewers’,” kata pengguna media sosial lain.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Pasukan Konten DSV Sekadar Bergurau, Kami Belum Bertunang’ – Fazley

0
PETALING JAYA – Heboh didakwa sudah ada ikatan rasmi, bahkan dituduh sebilangan netizen sudah berkahwin senyap-senyap, penyanyi juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan...

CATEGORIES