Tuesday, August 18, 2026
HomeHIBURANFoto Seksi, Meriah Komen Nakal, Melissa Campbell Layan Berseloroh

Foto Seksi, Meriah Komen Nakal, Melissa Campbell Layan Berseloroh

KUALA LUMPUR – Berani mati atau lazimnya disebut ‘daring’ apabila berpakaian terdedah sehingga menampakkan belahan pangkal dada ketika hadir ke sebuah acara promosi filem lakonannya Blood Brothers, pelakon Melissa Campbell pantas mengundang komen nakal berbaur lucah daripada netizen.

Tidak tersinggung, Melissa atau nama sebenarnya Melissa Alexander Campbell, 34, sebaliknya tenang mendepani kecaman liar yang dilemparkan terhadapnya.

Baginya komen sebegitu sekadar cara peminat memulakan perbualan dengannya.

“Ya, memang saya perasan mengenai komen-komen netizen pada gambar tersebut tapi saya tidak tersinggung pun.

“Memang begitulah respons bila muat naik hantaran sebegitu. Bila kita pamerkan diri kita (imej seksi), mestilah ada respons.

“Pada akhirnya netizen sebenarnya hanya mahu mulakan perbualan di ruangan komen,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelakon drama Keluarga Itu dia juga mengakui, dia bukanlah individu yang mudah sensitif apatah lagi cepat melatah apabila dikritik secara terbuka.

Malah dia sendiri mengakui ada ketika sering melayan komen-komen nakal sebegitu secara berseloroh.

“Tidak, saya tak terasa malah kadang-kadang saya balas dan bersembang di ruangan komen itu.

“Saya ada sisi humor dan bukan jenis individu sangat sensitif.

“Suami pun fikirkan perkara sama selain biar netizen sahaja yang bercakap apa mereka nak cakap,” ujarnya.

Sebelum ini, Melissa ada berkongsi foto ketika menghadiri tayangan perdana filem berkenaan dengan mengenakan gaun seksi hijau yang mencuri perhatian lensa dan mata awam.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri komen berunsur lucah segelintir netizen yang menganggap gaya itu terlalu berani dan mencolok mata.

Bintang filem Padu itu sudah mendirikan rumah tangga bersama Winston Chew pada Oktober tahun lalu dan kini mempunyai seorang anak lelaki, Malekai Chew yang berusia sembilan bulan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar...

0
SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berkongsi petua untuk mengetahui sama ada sesebuah lagu mempunyai kualiti untuk menjadi ‘hit’ atau sebaliknya, adalah dengan...

CATEGORIES