Tuesday, October 6, 2026
HomeBERITAMajlis Rumah Terbuka Aidilfitri MB Pahang Pada 2 Syawal

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MB Pahang Pada 2 Syawal

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Chini, Pekan pada 2 Syawal 1446H.

Wan Rosdy berkata, majlis tersebut akan berlangsung di Dewan Dato’ Shahbandar dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

“Saya menjemput seluruh rakyat di negeri Pahang untuk bersama-sama hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Wan Rosdy berkata, beliau akan turut menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis pada 5 April ini, bermula pukul 10.30 pagi.

Majlis rumah terbuka tersebut selain meraikan Aidilfitri akan menjadi platform merapatkan hubungan pemimpin negeri dan rakyat.

Ia memberi kesempatan untuk orang ramai beramah mesra dengan pimpinan negeri dalam suasana gembira dan penuh kemesraan.

Pelbagai juadah istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri akan disediakan kepada para tetamu yang hadir.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Changi Kekal No. 1, Ini 5 Lapangan Terbang Terbaik Dunia

0
Bagi yang gemar melancong, lapangan terbang bukan sekadar tempat untuk berlepas dan mendarat, malah pengalaman di dalamnya turut menjadi sebahagian daripada perjalanan. Terbaharu, Skytrax World...

CATEGORIES