Sunday, May 31, 2026
HomeLUAR NEGARASeperti Mahu Kiamat, Langit Britain Bertukar Warna

Seperti Mahu Kiamat, Langit Britain Bertukar Warna

LONDON – Penduduk daerah Thanet di Kent, England gempar apabila melihat langit  bertukar warna menjadi merah jambu menjelang subuh semalam, lapor portal berita mirror.co.uk

Senario di daerah berkenaan mirip paparan adegan dalam filem sains fiksyen.

“Langit kelihatan seperti hendak kiamat,” kata seorang penduduk yang merakam gambar fenomena tersebut.

Bagaimanapun, cahaya itu dilaporkan berasal daripada sebuah syarikat pertanian tempatan yang menanam 400 juta tomato, 30 juta timun dan 24 juta lada hitam setiap tahun.

Thanet Earth merupakan kompleks industri yang terletak di Birchington, Kepulauan Thanet. Ia menempatkan rumah hijau terbesar Britain.

Fenomena ganjil yang berlaku adalah pantulan awan rendah ke atas lampu-lampu LED yang digunakan untuk menggalakkan tumbesaran tanaman tersebut.

“Lampu-lampu yang digunakan menyebabkan lanskap nampak menyeramkan. Itu sahaja, dan tentunya bukan kiamat atau Thanet diceroboh entiti paranormal,” kata seorang jurucakap Thanet Earth.

Sumber: Kosmo

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES