Thursday, October 22, 2026
HomeSUKANJuara Bertahan Kembali ‘Mengaum’

Juara Bertahan Kembali ‘Mengaum’

MADRID – Real Madrid berjaya menamatkan badi tiga aksi tanpa kemenangan dalam saingan La Liga selepas menewaskan Girona 2-0 pada perlawanan di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, kapten pasukan, Luka Modric berjaya menjaringkan gol menarik seawal babak pertama dengan satu lagi jaringan disumbangkan Vinicius Junior untuk memastikan The Galacticos berkongsi mata dengan Barcelona di kedudukan teratas.

Pengendali Real, Carlo Ancelotti mengakui cukup teruja dengan prestasi pasukan secara keseluruhan selain gembira apabila pemain pertahanannya, David Alaba membuat kemunculan pertama selepas hampir 14 bulan disisihkan kerana masalah kecederaan.

“Kami menguasai perlawanan dengan baik tetapi apa yang paling memuaskan hati apabila melihat Alaba kembali beraksi secara kompetitif dan bermain dengan baik sepanjang 60 minit.

“Dia pulih di saat getir dan saya berjaya merehatkan beberaka pemain utama seperti Federico Valverde dan Antonio Rudiger yang mengharungi banyak perlawanan sebelum ini,” katanya.

Pengendali dari Itali itu turut mengakui terpukau dengan prestasi Modric yang kekal konsisten meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun musim ini.

“Saya sudah kehilangan kata-kata pujian buat Modric kerana dia adalah pemain yang luar biasa dan anugerah untuk sukan bola sepak. Saya harap dia dapat terus menunjukkan kualiti bersama pasukan musim ini,” katanya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TuJu Perlu Mantap, Bagi Meyakinkan Untuk Tarik Pengguna Tempatan

0
KUALA LUMPUR – Aplikasi navigasi tempatan, TuJu, perlu membuktikan keupayaannya dari segi ketepatan arah, kelancaran penggunaan dan kecekapan sistem sebelum dapat menjadi pilihan utama...

CATEGORIES