Wednesday, September 23, 2026
HomeHIBURAN20 Tahun ‘Gantung’ Mikrofon, Illa Sabry Janggal Naik Pentas

20 Tahun ‘Gantung’ Mikrofon, Illa Sabry Janggal Naik Pentas

SELEPAS 20 tahun meninggalkan pentas persembahan, peserta program realiti Gegar Vaganza musim ke-11, Illa Sabry mengakui pada awalnya janggal membuat kemunculan semula.

Illa atau nama sebenarnya Fasillah Sabry ketika ditemui Astro AWANI, mengakui suasana industri muzik kini berbeza namun bersyukur kemunculan semula mendapat respons positif peminat.

“Bayangkan 20 tahun saya tidak naik buat persembahan atas pentas besar dan pegang mikrofon. Saya akui minggu pertama berdiri di pentas GV, saya sangat janggal dan gementar.

“Tetapi seiring masa, akhirnya saya dapat sesuaikan diri. Alhamdulillah,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, penyanyi berusia 45 tahun ini memberitahu, anak tunggalnya, Yaya juga terkejut melihat penampilan pertamanya ketika di minggu pertama konsert GV-11.

“Bila tengok mak dia di kaca televisyen, dia pun terkejut. Tetapi Yaya juga beri sokongan untuk saya kembali aktif di pentas nyanyian.

“Saya juga mahu kembali aktif menyanyi sekiranya mendapatkan karya yang baik seperti mana saya mendapat peluang menyanyikan lagu Keranamu Kekasih yang pernah menjadi lagu tema filem Gerak Khas The Movie,” katanya yang kini mengusahakan Restoran Cik Gebu yang memiliki tiga cawangan di Kuala Lumpur.

Sumber – SINAR HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nabila Huda Puji Pelakon Muda KUDRAT 1968, Anggap Zarif Ghazzi Berpotensi...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda mengakui kagum dengan bakat baharu yang ditampilkan menerusi drama bersiri Kudrat 1968: High Council yang mencipta fenomena walau baru...

CATEGORIES