Wednesday, August 19, 2026
HomeHIBURAN"Jadi Penyondol, Jangan Doa Perkara Tidak Baik" – Mimi Lana

“Jadi Penyondol, Jangan Doa Perkara Tidak Baik” – Mimi Lana

PETALING JAYA – Kemenjadian watak sebagai perosak rumah tangga orang secara tiba-tiba menimbulkan kebencian dan dikecam ramai, pelakon Mimi Lana berharap tidak didoakan keburukan atau malapetaka ke atas dirinya.

Sedar akan kemarahan penonton, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, memberi peringatan agar khalayak tidak terbawa-bawa perasaan sehingga tidak berhenti mencemuhnya kerana melakonkan watak Intan dalam drama Andai Tiada Dia memandangkan semua itu lakonan semata-mata.“Saya faham semua orang tengah marah sangat dengan karakter Intan buat masa sekarang. Tambah pula isu penyondol (perosak rumah tangga) dalam rumah tangga tengah hangat diperkatakan.

“Tetapi, kalian janganlah mendoakan perkara yang tidak baik atas nama sebenar saya. Intan yang jelas bukan Mimi Lana,” katanya dalam Instagram.

Tambah Mimi, apa yang berlaku dalam drama tersebut hanyalah lakonan dan dia hanya melaksanakan tanggungjawab dalam melakonkan watak dengan baik.

“Saya hanya interpretasi watak yang sedang berlaku di sekeliling kita semua untuk dijadikan iktibar.

“Semoga sikap seperti Intan ini akan dijauhkan dari kita semua. Saya harap penonton terhibur dan tidak mengambil hal ini terlalu peribadi,” katanya.

Selain Mimi, drama arahan Riza Baharudin yang bersiaran di saluran Astro Ria itu turut dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Zahiril Adzim, Husna Mustaffa, Lan Siro, Kodi Rasheed dan Mia Nasir.
Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

’20 Tahun Tunggu Kerjasama Dengan Rhoma Irama’ – Man Kidal

0
KUALA LUMPUR – Ibarat yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang, penantian gitaris legenda negara,  Man Kidal untuk menjalin kolaborasi dengan...

CATEGORIES