Thursday, October 8, 2026
HomeBERITALelaki Cedera Parah Langgar Lori Tangki 'Parking' Tepi Jalan

Lelaki Cedera Parah Langgar Lori Tangki ‘Parking’ Tepi Jalan

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki cedera parah kerana tersepit di bahagian pemandu selepas melanggar sebuah lori tangki yang diletakkan di bahu jalan, Jalan Sungkai, di sini dalam kemalangan kira-kira pukul 7.25 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lelaki berumur 20-an yang memandu Perodua Viva itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh bahagian hadapan lori berkenaan.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Guru Kontrak Bakal Dapat Tawaran Lantikan

0
KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,150 calon guru yang dilantik secara kontrak (CoS) akan menerima surat tawaran lantikan pada bulan ini bagi menampung kemasukan pelajar...

CATEGORIES