Saturday, June 27, 2026
HomeHIBURANTempe Punca Celine Dikecam Teruk

Tempe Punca Celine Dikecam Teruk

NAMA pelakon Indonesia, Celine Evangelista tiba-tiba memanas susulan tersilap kata sehingga kenyataannya seolah-olah menamakan tempe sebagai makan orang miskin sahaja.

Menerusi sebuah program audio siar, ibu tunggal kepada tiga anak itu membahaskan status ekonomi calon pasangannya jika berkahwin semula suatu hari nanti.

Wanita itu mengakui tidak keberatan jika dipinang lelaki yang tidak bergaji besar kerana dia seorang yang pandai berdikari.

Cuma katanya sebagai seorang yang berpijak di bumi nyata, pasangannya nanti masih perlu menafkahi keluarga dengan sempurna.

“Tapi saya juga realistik. Cinta sahaja tidak mengenyangkan. Habis takkan saya nak biarkan anak makan nasi dengan garam dan tempe,” katanya.

Susulan itu ruangan komen videonya yang dikongsi dalam laman sosial itu mengundang cemuhan netizen yang menganggapnya lupa diri.

Selebriti terbabit kemudian meminta maaf selain mengakui terlanjur kata, bahkan tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa.

Sumber : Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Batik Air Perkukuh Rangkaian Asia dengan Pelancaran Laluan Kuala Lumpur–Shanghai

0
KUALA LUMPUR, 24 JUN 2026 – Batik Air terus mengukuhkan kehadirannya di China dengan pelancaran perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Shanghai, sekali...

CATEGORIES