Sunday, May 10, 2026
HomeBERITAPenunggang Motosikal Cedera Dihempap Pokok Tumbang

Penunggang Motosikal Cedera Dihempap Pokok Tumbang

JITRA – Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Alor Setar-Kangar di Ayer Hitam, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.09 petang.

“Sebaik tiba di lokasi didapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Honda dan sebuah motosikal. Terdapat dua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, penunggang motosikal terbabit didapati cedera, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan ambulans. Anggota bomba seterusnya melakukan kerja-kerja pemotongan pokok yang tumbang tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sumud Nusantara Seru Masyarakat Turun Ke Jalanan Memperingati Hari Nakba

0
PETALING JAYA – Gerakan solidariti antarabangsa terhadap Palestin kembali digerakkan menerusi kempen Global Days of Action for Palestine yang dijadual berlangsung pada 15 dan...

CATEGORIES