Thursday, May 28, 2026
HomeBERITALelaki Berparang, Cota Cuba Samun Wanita Di Kesas

Lelaki Berparang, Cota Cuba Samun Wanita Di Kesas

SUBANG JAYA – “Mak mentua dan kakak ipar sekeluarga hampir-hampir nak kena samun”.

Demikian ciap seorang pengguna X @nafasafiqah hari ini selepas keluarganya berdepan detik cemas di sebuah stesen minyak berdekatan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), di sini, awal pagi tadi.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas mengisi minyak di kawasan berkenaan.

“Suspek bersenjatakan parang dan cota. Lebih kurang empat suspek yang terlibat.

“Seorang bermotosikal dan lagu tiga orang menaiki kereta. Nombor plat kereta dan motosikal tak nampak,” ciapnya.

Pada masa yang sama, dia juga turut berkongsi rakaman papan pemuka (dashcam) dan beberapa keping gambar dipercayai Toyota Estima yang mengalami kerosakan.

Cermin tingkap bahagian penumpang di belah kiri dilihat mengalami kerosakan seperti dilibas dengan objek tajam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian.

“Kita ada terima laporan dan kes ini masih dalam siasatan,”ujarnya ringkas.

Terdahulu rakaman video dashcam berdurasi satu minit itu tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai pihak.

Sumber : KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES