Thursday, June 25, 2026
HomeLUAR NEGARATali Layang - Layang Punca Helikopter Terhempas

Tali Layang – Layang Punca Helikopter Terhempas

JAKARTA – Kira-kira lima orang cedera selepas helikopter dinaiki mereka terhempas dalam kemalangan di pulau peranginan Bali semalam, lapor saluran berita Lokmat Times.

Menurut seorang anggota penyelamat, lima mangsa itu terdiri daripada seorang juruterbang dan empat penumpang.

Ketua pejabat mencari dan menyelamat tempatan, Nyoman Sidakarya berkata, nahas berlaku pukul 2.37 tengah hari (waktu tempatan) di Kabupaten Badung.

“Dua mangsa parah, manakala tiga lagi cedera ringan.

“Kesemua mangsa segera dibawa ke Hospital RS Siloam untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata Sidakarya.

Difahamkan, penerbangan tersebut bertujuan untuk melakukan lawatan di kawasan itu.

Menurut laporan awal media tempatan, kejadian berlaku selepas helikopter itu terbelit tali  layang-layang ketika berada di udara.

Helikopter terbabit merupakan model jenis PK-WSP milik syarikat PT Whitesky Aviation, demikian menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Indonesia. – AGENSI

Sumber : Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Burung Memilih Terbang’ – Luahan Aslam Cetus Tanda Tanya

0
PETALING JAYA – Tiga hari selepas perceraian dengan isteri kedua disahkan mahkamah, pempengaruh media sosial, Aslam berkongsi luahan yang seolah-olah menggambarkan situasi dilaluinya ketika...

CATEGORIES