Sunday, September 28, 2025
HomeBERITASerangan Dron: Bot Global Sumud Flotilla Rosak, Tiang Layar Tumbang

Serangan Dron: Bot Global Sumud Flotilla Rosak, Tiang Layar Tumbang

PETALING JAYA – Salah satu bot yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan mengalami kerosakan apabila tiang layarnya tumbang, dipercayai akibat serangan dron ketika pelayaran di Laut Mediterranean semalam sekitar pukul 11 malam (GMT+3).

Menerusi perkongsian video oleh salah seorang peserta GSF, Thiago Avila di Instagram, serangan tersebut turut menyebabkan radio komunikasi mereka diganggu serta panggilan bantuan tidak dapat dihantar.

“Bot-bot misi terkena bom bunyi, suar letupan dan disembur dengan bahan kimia yang disyaki berbahaya.

“Radio diganggu, panggilan bantuan disekat. Perhatian dan perlindungan antarabangsa segera diperlukan!,” katanya.

Terdahulu, GSF dalam kenyataan di Instagram memaklumkan, terdapat lebih 15 dron rejim dilaporkan berlegar rendah setiap 10 minit di atas bot Alma dan beberapa kapal pengiring di Laut Mediterranean dipercayai bertujuan melakukan intimidasi serta risikan.

Menerusi maklumat dikongsikan, pengesanan dron terbabit berlaku ketika flotilla berada di zon kelabu, perairan Greece, kira-kira 750 batu nautika dari Gaza.

Setakat ini, lebih 500 sukarelawan GSF daripada 45 negara termasuk 34 delegasi dari Malaysia menaiki 53 buah kapal bersama tiga kapal pemerhati menuju ke Semenanjung Gaza bagi menghantar bantuan makanan serta keperluan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kes Palapes UTM: Menteri Pertahanan, Mindef Setuju Tidak Ulas Kematian

0
SHAH ALAM – Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan (Mindef) bersetuju tidak lagi mengulas dan mengeluarkan kenyataan berhubung kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan...

CATEGORIES