Thursday, October 8, 2026
HomeSUKANDua Pemain Jadi Tunggak Arteta

Dua Pemain Jadi Tunggak Arteta

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta percaya bahawa dua pemainnya, Bukayo Saka dan Kai Havertz sudah berjaya meningkatkan tahap mereka ketika membantu pasukan itu mencatat kemenangan ke atas Southampton kelmarin.

Pada aksi di Emirates itu, The Saints berjaya mengejutkan The Gunners apabila membuka tirai jaringan menerusi Cameron Archer pada minit ke-55, namun Havertz berjaya menyamakan kedudukan kira-kira tiga minit kemudian.

Gol tersebut berpunca daripada Saka yang berjaya mencipta umpanan gol buat Havertz sebelum pemain sayap itu melakukan umpanan buat Gabriel Martinelli untuk gol kedua Arsenal.

Saka turut mencetak namanya selaku penjaring apabila meledak gol terakhir menutup malam cemerlang Arsenal kira-kira dua minit sebelum masa sebenar perlawanan berakhir sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan itu setakat musim ini.

Aksi Saka itu berjaya mencuri perhatian Arteta selepas pemain itu ketika ini sudah mengumpul tujuh umpanan gol dan berada di kedudukan teratas berbanding pemain-pemain dalam lima liga utama di Eropah.

“Dia (Saka) berjaya meningkatkan tahap satu langkah ke hadapan dengan apa yang dilakukan. Dia mampu melakukan ketika aksinya di tempat sendiri atau di stadium lawan, dalam perlawanan besar atau aksi biasa. Dia adalah pemain yang hebat walaupun umur masih muda,” katanya.

Sementara itu, Havertz pula muncul pemain pertama selepas Robin Van Persie berjaya meledak gol dalam tujuh perlawanan di tempat sendiri dan Arteta mengakui pemain itu cukup konsisten ketika aksi di hadapan gawang lawan.

“Anda boleh lihat tahap keyakinannya yang semakin meningkat setiap masa. Cara dia menguasai bola dan posisinya ketika berada dalam kotak penalti sangat luar biasa. Dia adalah pemain tengah menyerang, tetapi sangat bagus beraksi sebagai pemain No. 9,” ujarnya.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Guru Kontrak Bakal Dapat Tawaran Lantikan

0
KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,150 calon guru yang dilantik secara kontrak (CoS) akan menerima surat tawaran lantikan pada bulan ini bagi menampung kemasukan pelajar...

CATEGORIES