BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.
Misi mempertahankan pingat gangsa yang pernah diraih di Tokyo 2020 sebelum ini tercapai apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Denmark itu dengan kutipan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.
Pasangan beregu nombor satu negara itu bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk mengalahkan lawan mereka di set kedua, seterusnya mencatat kemenangan di set ketiga.
Di Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa. – Awani
Sumber – Sinar Harian