Monday, October 20, 2025
HomePERNIAGAANMCMC, DPCH Jalin Kerjasama Pacu Ipoh Sebagai Bandar Pintar

MCMC, DPCH Jalin Kerjasama Pacu Ipoh Sebagai Bandar Pintar

IPOH – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) untuk pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pertukaran MoU antara dua pihak itu bukan sahaja memudahkan pelaksanaan program bandar pintar di Ipoh malah menjadi permulaan positif kepada usaha pemerkasaan bandar pintar yang bakal memberi manfaat kepada penduduk.

“Kerjasama strategik ini bermatlamat untuk memperkukuhkan kerjasama antara MCMC dan DPCH dalam meningkatkan infrastruktur digital, pemerkasaan pendidikan digital serta penyediaan kemudahan komuniti pintar dan hijau.

“Di bawah MoU ini, liputan internet di Perak akan ditambah baik bagi menyokong Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam penyediaan pelan infrastruktur komunikasi di lokasi pembangunan yang dipersetujui,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perak Economic Outlook 2025 yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di sini hari ini.

Pada majlis itu, pertukaran MoU telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan MCMC, Datuk Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif DPCH, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir dengan disaksikan Saarani.

Menurut Fahmi, selain menawarkan khidmat nasihat teknikal kepada DPCH berkaitan dengan infrastruktur digital, MCMC juga berperanan memberi perkhidmatan sama berkaitan jaringan, liputan, keselamatan siber dan pencegahan penipuan dalam talian.

Beliau berkata, turut dilaksanakan di bawah MoU itu adalah penerokaan kerjasama berkaitan dengan e-dagang serta latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Perak yang menyasarkan penglibatan komuniti setempat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Agihan STR Fasa 4 Diawalkan, 8.8 Juta Penerima Terima Bayaran Mulai...

0
PUTRAJAYA: Seramai 8.8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan menerima bayaran Fasa 4 mulai esok, iaitu lebih awal daripada jadual asal pada...

CATEGORIES