Friday, January 9, 2026
HomeLUAR NEGARAPanggil Orang Dengan Gelaran ‘Anjing’ Boleh Didenda Mulai Januari Depan

Panggil Orang Dengan Gelaran ‘Anjing’ Boleh Didenda Mulai Januari Depan

JAKARTA – Individu yang memanggil orang lain dengan gelaran ‘anjing’ berdepan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (RM2,400), lapor laman berita Warta Lombok kelmarin.

Undang-undang baharu itu termaktub di bawah Kanun Jenayah (KUHP) terkini Indonesia yang membawa hukuman lebih berat berbanding sedia ada.

Berdasarkan KUHP lama Perkara 315, sebarang penghinaan yang disengajakan, sama ada secara lisan atau bertulis di khalayak ramai atau langsung kepada orang yang dihina, boleh dihukum penjara maksimum empat bulan dua minggu.

Bagaimanapun, peruntukan terkini yang akan berkuat kuasa mulai 2 Januari tahun depan merujuk kepada Perkara 436 KUHP.

Perkara itu menekankan bahawa penghinaan yang tidak termasuk fitnah, sama ada dilakukan secara lisan atau bertulis boleh diklasifikasikan sebagai penghinaan ringan.

Pelaku berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum Kategori II, iaitu kira-kira 10 juta rupiah. Peruntukan ini terpakai untuk penghinaan langsung dan awam.

Menerusi undang-undang baharu itu, pemerintah berharap ia dapat mengurangkan bilangan kes buli dan menggalakkan pembentukan budaya pertuturan yang lebih sopan dalam kalangan masyarakat.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPM Kaji Keperluan Wujud Semula UPSR, PT3

0
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan mewujudkan kembali Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berikutan pengaktifan semula...

CATEGORIES