Sunday, May 10, 2026
HomeLUAR NEGARAMonyet Curi 'iPhone', Mahu Tukar Dengan Makanan

Monyet Curi ‘iPhone’, Mahu Tukar Dengan Makanan

NEW DELHI – Seekor monyet di India tular selepas mencuri sebuah telefon bimbit jenama iPhone milik seorang lelaki sebagai pertukaran kepada makanan, lapor stesen penyiaran NDTV.

Berdasarkan Kosmo, sebuah klip video yang dikongsikan di laman Instagram mendedahkan bahawa kejadian berlaku di bandar Vrindavan pada 6 Januari lalu.

Video memaparkan dua monyet sedang duduk di atas tembok dengan seekor memegang telefon milik lelaki tersebut.

Melalui tinjauan Kosmo, orang ramai dilihat mengelilingi kawasan itu dan cuba membantu mendapatkan semula telefon yang dilarikan.

Mereka kemudian mencapai persetujuan dengan melempar sebungkus Frooti (minuman berperisa mangga) kepada monyet tersebut.

Sebaik sahaja monyet itu menangkap minuman yang dilontar, ia melemparkan telefon yang dipegang ke bawah sebelum ditangkap oleh seorang penduduk.

Video itu meraih perhatian orang ramai di ruangan komen dengan netizen berpendapat haiwan berkenaan telah belajar mencuri telefon untuk mendapatkan makanan.

“Ini dipanggil sistem barter,” komen seorang netizen.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sumud Nusantara Seru Masyarakat Turun Ke Jalanan Memperingati Hari Nakba

0
PETALING JAYA – Gerakan solidariti antarabangsa terhadap Palestin kembali digerakkan menerusi kempen Global Days of Action for Palestine yang dijadual berlangsung pada 15 dan...

CATEGORIES