Monday, October 20, 2025
HomeLUAR NEGARAKami Tiada Pilihan Melainkan Masuk Ke Gaza Dan ‘Neutralkan’ Mereka – Trump

Kami Tiada Pilihan Melainkan Masuk Ke Gaza Dan ‘Neutralkan’ Mereka – Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada Hamas selepas kumpulan itu dirakam melaksanakan hukuman mati terhadap sebilangan penduduk Gaza yang didakwa  militia tempatan semasa gencatan senjata dengan Israel berkuatkuasa, lapor portal berita MailOnline semalam.

“Sekiranya Hamas terus membunuh orang di Gaza dan perbuatan ini bukan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata,  kami tidak mempunyai pilihan selain masuk (ke Gaza) dan membunuh mereka,” kata Trump di platform Truth Social.

Trump mengubah retoriknya selepas sebelum ini menyatakan, beliau tidak mengambil kisah berhubung ‘perang saudara’ di Gaza.

Selasa lalu iaitu sehari selepas lawatannya ke Israel dan Mesir, Trump berkata, pejuang Hamas menghapuskan beberapa kumpulan bersenjata  Palestin lain yang jahat.

“Sejujurnya, perkara ini tidak merisaukan saya,” kata Trump.

Video baharu yang dikongsikan di internet menunjukkan pejuang Hamas mengambil bahagian dalam apa yang kelihatan seperti pelaksanaan hukuman mati.

Sebagai sebahagian daripada rancangan 20 perkara Trump ke arah keamanan, Hamas harus melucutkan senjata mereka dan melepaskan kuasa, sesuatu yang setakat ini tidak dilakukan kumpulan tersebut.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Agihan STR Fasa 4 Diawalkan, 8.8 Juta Penerima Terima Bayaran Mulai...

0
PUTRAJAYA: Seramai 8.8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan menerima bayaran Fasa 4 mulai esok, iaitu lebih awal daripada jadual asal pada...

CATEGORIES