Tuesday, April 28, 2026
HomeLUAR NEGARAGempa Bumi Di Jepun Cecah 7.4 Magnitud, Cetus Amaran Tsunami

Gempa Bumi Di Jepun Cecah 7.4 Magnitud, Cetus Amaran Tsunami

TOKYO – Satu gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan tengah Jepun hari ini sekali gus mencetuskan amaran tsunami ketika orang ramai digesa berlindung di kawasan tinggi.

“Semua penduduk perlu berpindah segera ke kawasan tinggi,” kata Badan Penyiaran Jepun (NHK) selepas gempa bumi melanda Semenanjung Noto di Ishikawa sekitar pukul 4.10 petang (waktu tempatan).

Akhbar The Japan Times melaporkan, amaran tsunami dikeluarkan bagi mengarahkan penduduk meninggalkan kawasan-kawasan tepi pantai seperti Ishikawa, Niigata,Toyama dan Yamagata.

“Ombak setinggi 5 meter diramal melanda kawasan Semenanjung Noto,” kata NHK.

Gegaran daripada gempa tersebut turut dirasai di Tokyo dan seluruh wilayah Kanto.

Agensi berita AFP melaporkan, gelombang tsunami berbahaya mungkin berlaku di sepanjang pantai Jepun dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Diam Mungkin Penat, Bukan Sombong – Ezzanie Jasny

0
PETALING JAYA – Selepas kecoh pelakon Mira Filzah dicop sombong oleh peminat, kini dakwaan serupa beralih pula kepada pelakon, Ezzanie Jasny. Menepis tuduhan yang dirasakan...

CATEGORIES