Islamabad: Arab Saudi mengenakan larangan visa sementara terhadap 14 negara termasuk Pakistan menjelang musim haji.
Menurut sumber yang dilapor The News, larangan itu dikenakan terhadap visa umrah, perniagaan dan visa keluarga dengan sekatan dijangka berakhir pada pertengahan Jun.
Sumber diplomatik memaklumkan bahawa pemegang visa umrah hanya boleh memasuki Arab Saudi sehingga 13 April ini.
Negara lain yang termasuk dalam senarai sekatan adalah India, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iraq, Nigeria, Jordan, Algeria, Sudan, Ethiopia, Tunisia dan Yaman termasuk dalam senarai itu.