Sunday, February 15, 2026
HomeHIBURAN'The Hulk' Pun Bela Rakyat Palestin

‘The Hulk’ Pun Bela Rakyat Palestin

LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Mark Ruffalo membidas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melabel rakyat Palestin sebagai ‘kerosakan sampingan’ ketika Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Gaza.

Pelakon yang terkenal dengan watak ‘The Hulk’ itu membela rakyat Palestin dengan menegaskan mereka juga adalah manusia yang ‘kebetulan’ dilahirkan di negara itu dan kebanyakan terperangkap di Gaza, lapor Utusan.

“Kasihanilah, mereka adalah rakyat Palestin bukan bangunan atau jalan raya atau benda…

“Mereka adalah manusia dan begitu juga tebusan yang nyawanya mungkin anda (Israel) akan hancurkan. Mereka juga bukan ‘kerosakan sampingan’,” katanya dalam kemas kini di laman X.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Netanyahu mendakwa, pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin oleh tentera Israel hanyalah bersifat ‘kerosakan sampingan’.

Pemimpin sayap kanan itu yang dilihat muncul dalam banyak media antarabangsa dilihat cuba mengenepikan tanggungjawab dan peranan tentera Israel dalam membunuh rakyat Palestin.

Netanyahu mendakwa, tentera Israel tidak sengaja menyasarkan orang awam, walaupun angka kematian rakyat Palestin semakin meningkat.

Menurut Utusan, dia juga mengulangi dakwaannya bahawa Hamas bertanggungjawab ke atas korban awam Gaza, di sebalik tindakan Israel melancarkan serangan dari udara, laut serta darat.

Kerosakan sampingan biasanya digunakan dalam konteks tindakan perang, yang mana ia berlaku apabila kemusnahan sasaran tentera disertai dengan kesan sampingan yang tidak dimaksudkan pada asalnya.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kementerian Digital Perkukuh Keupayaan AI Sektor Awam Melalui Kerjasama Strategik Dengan...

0
PUTRAJAYA, 12 FEBRUARI 2026 — Kementerian Digital melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Nasional (National AI Office-NAIO), hari ini bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) menerusi...

CATEGORIES