Monday, October 20, 2025
HomeHIBURAN“Makan Apa, Macam Monyet…” – Che Ta Pertimbang ‘Homeschool’ Anak

“Makan Apa, Macam Monyet…” – Che Ta Pertimbang ‘Homeschool’ Anak

PETALING JAYA – Bimbang dengan peningkatan kes jenayah di sekolah, pelakon Rozita Che Wan kini mempertimbangkan untuk anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana belajar di rumah atau ‘home schooling’.

Rozita atau mesra disapa Che Ta, 52, berkata, sebagai langkah keselamatan dia ingin mendapatkan khidmat guru wanita untuk puterinya yang baru berusia 11 tahun itu.

“Aaisyah lepas ini tak payah pergi sekolah. Budak sekolah sekarang ini tak tahu makan apa, perangai pelik macam monyet, beruk, ungka, semua lah.

“Panggil sahaja cikgu datang rumah, cikgu pun cikgu perempuan. Sekarang jadi mak yang ada anak perempuan, takutlah Ya Allah. Macam-macam hal,” katanya dalam perkongsian video di TikTok.

Walaupun kedengaran bebelan ibu kepada tiga permata hati itu seperti berseloroh, hantaran dibuatnya seolah-olah mewakili perasan ibu bapa lain yang takut melihat situasi semasa.

Difahamkan, kerisauan selebriti terbabit disebabkan beberapa kes membabitkan pelajar termasuk kejadian rogol di dalam kelas selain kes tikam yang membawa maut.

Malah kemudian Che Ta secara tegas menegur Aaisyah yang sedang menyiapkan tugasan sekolah hanya tersenyum mendengar luahan hati ibunya itu.

“Aaisyah, jangan senyum-senyum. Hal ini serius,” katanya bagi menunjukkan isu yang disuarakan itu perlu diberi perhatian.

Menerusi ruangan komen, ramai senada dengan isteri kepada aktor Zain Saidin itu apabila turut melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak di luar rumah.

“Sungguh, kita besarkan anak-anak dengan elok, alih-alih kat sekolah nyawa melayang,” tulis netizen.

“Panggil sahaja tutor ke rumah, ikut silibus yang diiktiraf. Tapi jangan lupa panggil ustazah atau ustaz mengajar agama,” ulas pengguna TikTok lain.

Selepas isu buli, negara digemparkan dengan kes rogol membabitkan empat pelajar tingkatan lima di Melaka, serta kes kematian seorang pelajar perempuan di Petaling Jaya akibat ditikam pelajar lain.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kami Tiada Pilihan Melainkan Masuk Ke Gaza Dan ‘Neutralkan’ Mereka –...

0
WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada Hamas selepas kumpulan itu dirakam melaksanakan hukuman mati terhadap sebilangan penduduk Gaza yang didakwa  militia...

CATEGORIES