Monday, March 16, 2026
HomeHIBURAN‘Itu Video Lama, Bilal Pun Dah Besar’ - Neelofa, PU Riz

‘Itu Video Lama, Bilal Pun Dah Besar’ – Neelofa, PU Riz

KUALA LUMPUR – Susulan penularan video tular memaparkan wajah anak sulung, selebriti Neelofa menjelaskan rakaman tersebut bukan baharu sebaliknya merupakan bahan kempen perniagaan yang sudah lama diterbitkan.

Neelofa atau nama lengkapnya Nor Neelofa Mohd. Nor, 37, menjelaskan video tersebut diambil ketika anaknya, Muhammad Bilal berusia dua tahun dan dia hairan mengapa kembali menjadi bualan hangat.

“Sebenarnya video itu dah lama ketika Bilal usia dua tahun. Video itu adalah untuk reviu produk dan masih ada dalam media sosial saya.

“Saya pun tertanya-tanya siapa yang muat naik semua video itu,” katanya kepada Kosmo! Online semasa pada majlis pelancaran program Ramadan Astro di sini, semalam.

Pada masa sama, bekas pengacara MeleTOP itu mengakui berasa lebih tenang apabila privasi keluarganya terjaga daripada penilaian orang luar.

“Sebenarnya saya gembira bila tidak dedahkan wajah anak sebab orang tak perlu nak komen atau buat perbandingan.

“Saya pun tak perlu dengar pandangan netizen, biarlah perkara ini berterusan sampai dia besar,” ujarnya lagi.

Meskipun tegas dengan pendiriannya, Neelofa tidak pernah menyembunyikan wajah anak-anak apabila berada di luar tetapi mengharapkan kerjasama orang awam menghormati ruang peribadi keluarganya.

“Kalau keluar kami tak sorok pun. Memang bebas tunjuk wajah anak.

“Cuma ada sahaja yang tak faham dan saya cakap secara baik agar tidak rakam wajah anak-anak,” jelasnya.

Sementara itu, suaminya yang juga pendakwah selebriti PU Riz memaklumkan menunggu masa sesuai untuk mendedahkan wajah anak-anaknya secara terbuka.

“Tunggulah sehingga dia boleh dakwah. Mungkin ketika itu kami ambil tawaran bekerjasama.

“Tengoklah dahulu bagaimana sebab setiap kanak-kanak berbeza tahap kebolehan bercakap lancar,” ujarnya.

Sebelum ini, ramai yang teruja apabila melihat wajah terkini Bilal menerusi video yang tular dalam media sosial.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Bilal, 4 dan Abbas, 3 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konflik Di Asia Barat Semakin Tegang, Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

0
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di...

CATEGORIES