Saturday, October 25, 2025
HomeHIBURAN‘Hidup Ini Ada Yang Singgah, Teman Sekejap Macam R&R’ - Zara Zya

‘Hidup Ini Ada Yang Singgah, Teman Sekejap Macam R&R’ – Zara Zya

PETALING JAYA – Masih membujang pada usia bakal mencecah 40 tahun, pelakon Zara Zya menyifatkan kehidupan sebagai suatu persinggahan sementara dan tiada yang akan kekal di sisi selama-lamanya.

Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin bahkan memaklumkan, kehidupan itu sama seperti kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Hidup ini sebenarnya macam R&R je. Ada yang singgah, temankan sekejap dan lepas itu sambung jalan.

“Jangan marah kalau dia pergi sebab kadang-kadang kita pun pun singgah dalam hidup orang lain. Bukan selamanya juga,” demikian coretnya menerusi Threads.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Dia Imamku itu sementelah ada menafikan kebenaran pendapat dilontarkannya.

“Apa benda R&R jauh sangat kak. Hidup ini sementara je kak. Jangan ingat muda tak mati.

“Setuju, ada yang datang sekadar menumpang tuduh. Ada yang pergi meninggalkan rindu yang tak sembuh,” kata netizen.

Untuk rekod, Zara pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam pada Oktober 2019 dan merancang untuk bernikah setahun kemudian, namun hubungan mereka putus di tengah jalan selepas sebulan bertunang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Status Pernikahan Kamal Adli, Uqasha Sah Dengan Kebenaran Wali Mujbir –...

0
PETALING JAYA: Status perkahwinan pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose adalah sah di sisi syarak. Perkara itu disahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memaklumkan...

CATEGORIES