Wednesday, June 18, 2025
HomeHIBURANFattah Amin Tidak Dimaklumkan Pelancaran Single Duet Bersama Fazura Pada Khamis Ini

Fattah Amin Tidak Dimaklumkan Pelancaran Single Duet Bersama Fazura Pada Khamis Ini

Kuala Lumpur: Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Sakirin Acha atau dikenali sebagai Acha mendedahkan pihaknya tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet Fattah bersama bekas isteri, Nur Fazura berjudul Bertahan Demi Cinta yang bakal dilancarkan pada Khamis ini.

Acha berkata, dia juga menepis dakwaan netizen yang menuduh Fattah cuba menggunakan isu perceraiannya sebagai gimik untuk mempromosikan single itu.

“Saya baru saja menghubungi Fattah untuk mengetahui perkara ini dan dia maklumkan tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet ini.

“Saya ingin tegaskan perceraian ini bukan satu gimik untuk mempromosikan single duet atau dibuat main. Saya orang pertama yang akan melarang Fattah sekiranya dia mahu mempromosikan single itu pada waktu sekarang,” katanya.

Menurut Acha, Fattah memaklumkan single duet itu sudah lama dirakam dan pernah menjadi salah satu runut bunyi drama bersiri Hero Seorang Cinderella 2.Single Duet aka

“Lagu ini pernah dimainkan dalam drama Hero Seorang Cinderella 2. Malah proses penggambaran muzik video juga sudah lama dibuat di Indonesia.

“Cuma tak sangka pula single ini dilancarkan sekarang hingga mengundang pelbagai fitnah yang tidak benar. Jadi, saya harap netizen berhenti membuat spekulasi tak betul,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai keadaan terkini Fattah selepas perceraian semalam, Acha memaklumkan, pelakon itu berada dalam keadaan baik.

“Insya-Allah Fattah baik-baik saja. Saya yakin dia kuat untuk menghadapi ujian ini. Cuma apa yang berlaku ini membuatkan dia sangat tertekan dan terkejut, tapi saya harap dia reda,” katanya.

Terdahulu, syarikat rakaman Indonesia, Hits Records memuat naik video di Instagram memaklumkan pasangan itu bakal melancarkan single Bertahan Demi Cinta pada 10 Oktober ini di semua platform penstriman digital.

Semalam, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup sebagai suami kepada Fazura.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES