Sunday, September 28, 2025
HomeHIBURANErysha Emyra Nafi Dakwaan Bermasam Muka Dengan Qasrina

Erysha Emyra Nafi Dakwaan Bermasam Muka Dengan Qasrina

KAJANG: Aktres meningkat naik, Erysha Emyra menafikan wujud sebarang konflik atau perselisihan faham antara dirinya dengan pelakon, Qasrina Karim seperti didakwa segelintir pihak.

Erysha atau nama sebenar, Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, menganggap isu itu terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka dan enggan mengulas panjang.

“Saya tidak mahu komen banyak. Bagi saya, perkara itu terlalu peribadi untuk diperkatakan.

Hubungan kami sebenarnya baik saja, tidak pernah bermasam muka. Malah, kami pernah berjumpa di beberapa majlis dan masih berhubung,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan istimewa drama Rumah Tanpa Luka di sebuah restoran di sini, malam tadi.

Ditanya sama ada sanggup digandingkan dengan Qasrina dalam projek akan datang, anak kepada dramatis terkenal, Datin Seri Noniswara ini terbuka untuk bekerjasama.

“Saya tiada masalah. Saya rasa ramai pernah melalui situasi sama, cuma bezanya kami dikenali dan menjadi perhatian. Hakikatnya, tiada apa-apa masalah pun antara saya dan Qasrina,” jelasnya.

Sebelum ini, hubungan akrab antara mereka diperkatakan renggang selepas didakwa saling tidak lagi mengikuti di Instagram (IG). Dalam satu temu bual terdahulu, Qasrina pula memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Sementara itu, Erysha yang pernah meraih trofi Artis Baharu Wanita Popular pada Anugerah intang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, sekali lagi meraih pencalonan pada edisi kali ini menerusi kategori Aktres TV Popular serta Gandingan Serasi Drama Popular bersama MK K-Clique menerusi drama Aku Bukan Ustazah.

ABPBH 37 mempertandingkan 16 kategori utama dan lima kategori Ekstra! dengan undian calon Top 20 dibuka sehingga 9 November depan menerusi laman web rasmi, www.abpbh.com.my.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘GSF Akan Diserang? Saya Memang Berdebar, Doa Tanpa Henti’ – Nadzmi...

0
PETALING JAYA – Pelakon Nadzmi Adhwa mengakui hanya mampu berserah kepada Allah mengenai keselamatan isterinya, pelakon Ardell Aryana yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud...

CATEGORIES