Wednesday, November 19, 2025
HomeHIBURAN'Enggan Terlibat Cinta Lokasi' - Sharifah Rose Tolak Cinta Syafi Tee

‘Enggan Terlibat Cinta Lokasi’ – Sharifah Rose Tolak Cinta Syafi Tee

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharifah Rose, mengakui belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki, apatah lagi rakan seindustri.

Pengakuan itu sekali gus menolak secara halus luahan pelakon, Syafi Tee, yang sebelum ini menyatakan rasa suka terhadapnya selepas mereka digandingkan dalam drama terbaharu, Jiran Tepi, Hati-Hati.

Bagi Sharifah Rose, buat masa ini dia lebih selesa berkawan tanpa meletakkan sebarang harapan untuk mencari pasangan dalam kalangan pelakon.

“Saya memang tidak bercadang untuk mencari pasangan daripada kalangan pelakon. Mungkin boleh berkawan, tetapi bukan untuk bercinta. Saya lebih selesa dengan lelaki di luar bidang seni.

“Sebagai pelakon, kita tahu kerjaya ini ada pasang surutnya, jadi sudah tentu saya mahukan seseorang yang stabil. Saya pun agak terkejut bila membaca kenyataan dia di media. Saya rasa dia baik, cuma kami tidak begitu rapat pun,” katanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut, Sharifah Rose berkata, kenyataan Syafi mungkin berpunca daripada salah faham, memandangkan mereka hanya berinteraksi secara profesional di lokasi penggambaran.

“Saya rasa mungkin perkara itu salah faham. Dalam industri, biasalah kita ada ‘crush’ pada seseorang pelakon yang kita kagumi atau mahu berlakon bersama. Mungkin itu maksud dia.

“Bagi saya, Syafi seorang yang mudah bekerjasama. Tapi saya pula jenis yang buat hal sendiri di set, jadi hubungan kami pun hanya sekadar rakan sekerja. Dia ada cakap selesa berkawan dan berbual dengan saya, tapi soal perasaan suka itu saya tak tahu menahu,” katanya.

Sharifah Rose menegaskan, hubungannya dengan Syafi tidak lebih daripada sekadar rakan industri.

“Saya selesa berkawan sahaja. Bila habis penggambaran, saya terus balik, tidak ada masa untuk lepak atau keluar bersama. Kami kenal pun sebagai karakter dalam set, bukan secara peribadi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sharifah Rose kembali aktif di lokasi selepas terbabit dalam drama terbaharu, Doa Yang Terlindung, yang bakal menghiasi slot Akasia TV3 bermula 7 Januari depan.

Dia berkata, projek kali ini memberikan cabaran berbeza kerana watak yang dibawakan menuntut emosi mendalam dan jauh daripada karakter ceria yang sering dimainkan.

“Selalunya saya membawakan watak romantik komedi atau ‘happy-go-lucky’, tapi kali ini berbeza. Karakter saya, Anisah, memiliki latar belakang berat dan penuh trauma.

“Dia melalui perubahan besar dalam hidupnya. Saya rasa watak ini cukup memberi inspirasi kerana ramai penonton boleh kaitkan dengan kisah sebenar,” katanya.

Doa Yang Terlindung turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Firdaus Karim, dan Nafiz Muaz.

Sumber – Bertia Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Hilang Pertimbangan, Lakukan Hal Bukan-Bukan’ – Aliff Aziz

0
NAMA terpalit kontroversi panas sehingga menjadi cemuhan umum, pelakon juga penyanyi Aliff Aziz tetap bersyukur mendepani gelapnya sejuring terowong hayat yang harus dijalani. Hampir terduduk...

CATEGORIES