Tuesday, January 13, 2026
HomeHIBURANBukan Lagi Rahsia, Erra Fazira, Mr. E Nikah 12.12.2025

Bukan Lagi Rahsia, Erra Fazira, Mr. E Nikah 12.12.2025

KUALA LUMPUR – Tiada lagi teka-teki, pelakon dan penyanyi Erra Fazira memilih 12 Disember 2025 sebagai tarikh pernikahannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau Mr. E.

Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 51, berkata, perkara itu diputuskan dengan keluarga yang sepakat memilih tarikh berkenaan yang jatuh pada hari Jumaat.

“Terima kasih kerana sentiasa mendoakan yang baik-baik. Insya-Allah 12.12.2025 adalah tanggal keramat kami,” katanya pada majlis tayangan perdana muzik video (MV) Cinta Abadi, di sini, hari ini.

Air mata gembira selebriti terbabit menitis malah suaranya juga kedengaran sebak ketika berkongsi berita tersebut.

“Ini air mata gembira, bukan sedih,” ujar Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu.

Katanya, majlis resepsi pula diadakan pada keesokkan harinya di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Pengumuman berita gembira itu diadakan serentak dengan pelancaran MV juga lagu tema untuk hari bahagianya nanti.

Majlis resepsi 13 Disember untuk ahli keluarga, manakala 27 Disember pula membabitkan kenalan rapat.

Sejak semalam tersebar desas-desus mengenai pengumuman tarikh pernikahannya dengan ahli perniagaan berusia 44 tahun itu.

Ketika diwawancara Kosmo! Online, Erra mengakui meninjau beberapa dewan acara atas pelawaan rakan namun menafikan membuat sebarang tempahan.

Sebelum ini Erra memaklumkan persahabatan dengan Mr. E yang semakin akrab sekitar awal tahun ini sudah ke peringkat pengetahuan keluarga apabila ibunya bertemu lelaki terbabit.

Mr. E juga berstatus duda pula mengakui mula menjalin hubungan serius dengan ratu cantik berkenaan selepas berkenalan pada Ogos 2024.

Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah tujuh tahun kemudian dan dikurniakan seorang anak perempuan,
Engku Aleesya, kini berusia 16 tahun.

Sebelum itu, dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berakhir dengan perceraian tiga tahun kemudian tanpa cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES