PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Rozita Che Wan atau Che Ta memperuntukkan elaun mekap (solekan) anak kesayangannya, Aaisyah Dhia Rania sebanyak RM250 setiap minggu.
Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Abu Bakar, 51, berkata, bajet sebelum ini iaitu RM100 seminggu tidak mencukupi dengan enonomi negara yang tidak menentu zaman sekarang.
“Kasihannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okey mommy (ibu) naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah,” kata Che Ta.
Pelakon filem siri komedi Kiah Pekasam itu melayan karenah anak bongsunya, Aaisyah untuk membeli alat solek di sebuah kedai kosmetik terkemuka, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Che Ta dalam TikTok miliknya, dia pada awalnya meletakkan ‘limit’ sebanyak RM100 seminggu kepada Aaisyah untuk membeli alat solek yang diinginkan.
“Ingat, RM100 sahaja tau setiap minggu. Jangan ambil lebih, kurang tak apa,” kata Che Ta.
Bagaimanapun, jumlah elaun mingguan sebanyak RM100 itu telah dinaikkan kepada RM250 seminggu selepas melihat anaknya sukar untuk memilih alat solek yang kerana harganya yang mahal.
“Dapat apa RM100? Dah pusing setengah jam tak dapat apa. Jom mommy tambah lagi RM150 jadi RM250,” kata Che Ta.
Selepas jumlah elaunnya telah dinaikkan menjadi RM250 seminggu, Aaisyah, 10, kelihatan gembira apabila dapat membeli beberapa alat solek yang diinginkan yang keseluruhannya berharga RM174.
Dengan baki yang masih ada sebanyak RM76, amaun tersebut akan dibawa ke minggu hadapan menjadikan elaun untuk alat solek yang akan diterima Aaisyah adalah sebanyak RM326.
“Aaisyah ada bagi lebih kurang RM80. Bawak ke minggu depan ya?” kata Che Ta.
Mendengar saranan tersebut, Aaisyah terus bersetuju, malah sempat mengucapkan terima kasih dan sayang kepada ibunya.
“Thank you (terima kasih) mommy. I love you (saya sayang awak),” ucap Aaisyah.
Gelagat dua beranak itu membeli alat-alat solek telah meraih perhatian pengikutnya dalam TikTok apabila masing-masing berasa terhibur, malah menyifatkan Aaisyah sebagai seorang kanak-kanak yang beruntung.
“Seronok dapat apa yang dia nak. Semoga adik berjaya macam ibunya juga,” kata seorang pengguna TikTok.
“Untungnya boleh beli barang-barang mahal,” ujar seorang lagi netizen.
“Alhamdulillah. Semoga menjadi anak yang solehah,” kata seorang pengikutnya.
Sebelum ini, Aaisyah kerap menjadi bahan kecaman netizen apabila dikatakan suka bersolek seperti orang dewasa.
Sekadar info, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. – KOSMO! ONLINE
Sumber: Kosmo
Very nice post and straight to the point. I don’t know if this is actually the best place to ask but do you folks have any ideea where to get some professional writers?
Thx 🙂
You have mentioned very interesting points! ps nice website..
It’s hard to come by knowledgeable people for this topic, but you seem like you know what you’re talking about! Thanks
Oh my goodness! Amazing article dude! Many thanks, However I am encountering problems with your RSS. I don’t understand the reason why I am unable to join it. Is there anybody having similar RSS issues? Anyone who knows the answer can you kindly respond? Thanks!