Tuesday, September 30, 2025
HomeHIBURAN3,000 Saman Awas Di Terowong Menora Setiap Hari

3,000 Saman Awas Di Terowong Menora Setiap Hari

KOTA BHARU – Sebanyak 3,000 notis saman dikeluarkan setiap hari menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju di Terowong Menora, Ipoh di Perak.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, jumlah saman tersebut diperoleh menerusi dua kamera Awas yang dipasang pada kedua-dua arah di Lebuh Raya Utara Selatan.

Menurutnya, notis saman tersebut paling banyak direkodkan pada waktu puncak terutamanya semasa musim perayaan atau cuti persekolahan.

“Setakat ini, kesalahan melibatkan had laju yang direkodkan oleh kamera Awas di kedua-dua arah di Terowong Menora mencecah 3,000 notis saman setiap hari.

“Jumlah itu sekali gus menjadikan Terowong Menora merupakan satu lokasi yang paling tinggi merekodkan notis saman Awas,” katanya pada sidang akhbar selepas sekatan jalan raya di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Kifli memberitahu, meskipun kawasan tersebut paling banyak merekodkan kesalahan had laju, negeri Selangor sebenarnya mencatatkan bilangan notis saman Awas keseluruhan paling tinggi di negara ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lerai Spekulasi, Sabronzo Kongsi Foto Hari Bahagia

0
PETALING JAYA: Enggan berita perkahwinan terus mencetuskan spekulasi, anggota kumpulan Dolla, Sabronzo tampil berkongsi foto hari bahagianya usai sah bergelar isteri kepada Dj Ryan...

CATEGORIES