Sunday, September 28, 2025
HomeBERITAWanita Maut, 4 Terselamat Kemalangan 3 Kereta Di Lebuh Raya Karak

Wanita Maut, 4 Terselamat Kemalangan 3 Kereta Di Lebuh Raya Karak

GOMBAK – Seorang wanita maut manakala empat lelaki terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Lebuh Raya Karak awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 2 pagi.

Katanya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi sebelum tiba pada pukul 2.20 pagi

“Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Ativa, Perodua Myvi dan Honda City. Empat mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an berjaya diselamatkan.

“Manakala seorang mangsa wanita berusia 19 tahun yang terperangkap di dalam Honda City disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang maut berjaya dikeluarkan pada pukul 3.32 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.48 pagi,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kes Palapes UTM: Menteri Pertahanan, Mindef Setuju Tidak Ulas Kematian

0
SHAH ALAM – Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan (Mindef) bersetuju tidak lagi mengulas dan mengeluarkan kenyataan berhubung kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan...

CATEGORIES