Thursday, October 30, 2025
HomeBERITASesi Persekolahan 2026 Kembali Bermula Januari-Disember

Sesi Persekolahan 2026 Kembali Bermula Januari-Disember

PUTRAJAYA – Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula pada 11 Januari depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tarikh tersebut adalah bagi negeri-negeri dalam Kumpulan A, manakala bagi negeri Kumpulan B pula ialah pada 12 Januari.

Katanya, sesi akademik tahun hadapan akan berakhir pada 31 Disember 2026.

“Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan.

“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fadhlina, usaha itu menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun daripada portal KPM melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun 2025-kalendar-akademi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Budaya ‘Cancel’ Tak Sihat – Elvina Pertahan Diri Isu Babak Panas

0
KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Elvina Mohamad, meluahkan rasa kesal apabila berhadapan dengan budaya 'cancel' selepas sedutan babak panas dalam drama terbaharunya, Safira, tular di...

CATEGORIES