Monday, May 25, 2026
HomeBERITASeramai 304 Orang Mangsa Banjir Di Perak

Seramai 304 Orang Mangsa Banjir Di Perak

IPOH – Mangsa banjir di negeri ini mencecah 304 orang dari 83 buah keluarga setakat pukul 10 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa tersebut ditempat di empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu dua di Kerian serta satu masing-masing di Larut, Matang dan Selama dan Hilir Perak.

“Seramai 113 mangsa dari 33 buah keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan PPS SK Parit Haji Aman Bagan Serai di Kerian

“Manakala 50 mangsa (15 keluarga) di Larut, Matang dan Selama ditempatkan di PPS SK Matang di Taiping. 141 mangsa (35 keluarga) di Hilir Perak pula ditempatkan di Dewan Serbaguna Padang Tembak,” katanya di sini hari ini.

Mengikut rekod, pertambahan mangsa melibatkan daerah Hilir Perak iaitu dari 297 mangsa dari 82 keluarga kepada 304 mangsa (83 keluarga).

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fokus Kepada Penyatuan Kaum, Adi Putra Terbuka Ceburi Bidang Politik

0
Pelakon, Datuk Adi Putra tidak menolak kemungkinan untuk dirinya lebih serius dalam menceburi bidang politik. Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim ini menegaskan...

CATEGORIES