Pasangan Malaysia Perlu Pastikan Jurunikah Bertauliah, Dokumen Sah Sebelum Bernikah Di Thailand

0
604
Foto: Kosmo Digital

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Hampir 30 peratus daripada permohonan pengesahan pernikahan pasangan dari negara ini ditolak Pejabat Konsulat General Malaysia di Songkhla. 

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin bernikah di Thailand perlu memastikan jurunikah adalah ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Thailand, selain turut menyediakan dokumen mencukupi dan sah.

Beliau berkata, setiap hari pihaknya menerima 60 hingga 80 permohonan pengesahan pernikahan warga Malaysia namun, banyak yang terpaksa ditolak kerana tidak menepati syarat.

“Perlu bagi pasangan itu berwaspada, berhati hati dan mengambil tahu jurunikah yang menikahkan mereka adakah betul-betul bertauliah dengan majlis agama atau tidak.

“Sekiranya jurunikah yang menikahkan itu tiada tauliah daripada majlis agama tempatan di Thailand, maka penikahan itu akan dianggap tidak sah di pihak majlis agama Islam di Thailand, mahupun majlis agama Islam di Malaysia,” katanya .

Ahmad Fahmi turut menasihatkan rakyat Malaysia yang melawat Thailand ketika ini supaya berhati-hati memandangkan Thailand diramal berdepan musim hujan pada bulan Oktober dan November.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here