Sunday, October 5, 2025
HomeBERITAPakistan Dakwa Tembak Jatuh Tiga Jet Pejuang India

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh Tiga Jet Pejuang India

ISLAMABAD – Angkatan Tentera Pakistan mendakwa telah menembak jatuh sekurang-kurangnya dua pesawat pejuang milik Tentera Udara India susulan ketegangan yang memuncak di sempadan kedua-dua negara.

Pengesahan itu dibuat oleh Pengarah Jeneral Bahagian Media Tentera Pakistan, Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry kepada The Guardian pada Rabu.

“Saya sahkan bahawa kami telah menembak jatuh sekurang-kurangnya dua jet Tentera Udara India,” katanya ringkas.

Sementara itu, seorang pegawai keselamatan kanan yang enggan dikenali mendakwa jumlah sebenar pesawat yang ditembak jatuh adalah tiga.

“Satu ditembak di Bathinda, wilayah Punjab India yang bersempadan dengan Punjab Pakistan, manakala dua lagi di wilayah Kashmir yang ditadbir India, masing-masing di Awantipora dan Akhnoor.

“Ketika itu, jet-jet tersebut berada dalam ruang udara mereka selepas melancarkan serangan. Kami melancarkan peluru berpandu sebagai tindak balas,” jelasnya.

Menurutnya, serangan balas itu dilakukan selepas India memulakan konflik dengan melancarkan serangan ke atas orang awam di wilayah Pakistan.

“Kami tiada pilihan. Kami mesti mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Ketegangan antara India dan Pakistan terus meningkat sejak insiden serangan berdarah terhadap pelancong di Pahalgam, Kashmir bulan lalu.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sumud Flotilla Hanya Tinggal Satu Kapal, Marinette Mara Ke Gaza

0
GAZA – Satu-satunya kapal yang masih tinggal dalam flotila bantuan antarabangsa, meneruskan pelayaran ke Gaza hari ini selepas tentera laut Israel memintas kapal-kapal lain...

CATEGORIES