Monday, October 20, 2025
HomeBERITAMahkamah Tinggi Memihak Kepada MCMC Dalam Kes Fitnah Terhadap Murray Hunter

Mahkamah Tinggi Memihak Kepada MCMC Dalam Kes Fitnah Terhadap Murray Hunter

CYBERJAYA, 16 Oktober 2025 – Pada 15 Oktober 2025, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa Murray Victor Hunter (MH) bersalah atas kesalahan fitnah dalam satu saman sivil yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Antara April hingga November 2024, MH telah menerbitkan beberapa artikel yang mengandungi kenyataan palsu dan berunsur fitnah terhadap MCMC. Penerbitan tersebut membawa tuduhan serius dan tidak berasas yang mengelirukan orang ramai serta menjejaskan reputasi Suruhanjaya.

Keputusan mahkamah ini mengesahkan bahawa walaupun individu mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat, kebebasan tersebut mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dalam batas undang-undang. Hak bersuara tidak meliputi perbuatan membuat kenyataan palsu, berniat jahat, atau berunsur fitnah yang boleh menjejaskan reputasi pihak lain.

Oleh itu, MCMC mengambil tindakan undang-undang ini bagi melindungi reputasi institusinya serta menegakkan prinsip kebertanggungjawaban, integriti, dan komunikasi beretika dalam ekosistem digital.

KOMUNIKASI KORPORAT MCMC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Agihan STR Fasa 4 Diawalkan, 8.8 Juta Penerima Terima Bayaran Mulai...

0
PUTRAJAYA: Seramai 8.8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan menerima bayaran Fasa 4 mulai esok, iaitu lebih awal daripada jadual asal pada...

CATEGORIES