Friday, April 24, 2026
HomeLUAR NEGARA27 Wanita Disaman Gara-Gara Tulis 'Review' Buruk Selepas 'Dating'

27 Wanita Disaman Gara-Gara Tulis ‘Review’ Buruk Selepas ‘Dating’

CHICAGO, ILLINOIS – Seorang lelaki di Chicago, negeri Illinois menyaman berpuluh-puluh wanita sebanyak AS$75 juta (RM351 juta) kerana mendakwa mereka menulis ulasan negatif tentang dirinya dalam kumpulan sembang Facebook, lapor laman berita Fox News semalam.

Nikko D’Ambrosio, 32, berkata, gambar dan namanya dikongsikan dalam laman ‘Are We Dating The Same Guy’. Ia merupakan kumpulan sembang komuniti wanita yang dikatakan menyebarkan kesedaran mengenai lelaki yang perlu dihindari.

“Defendan menyiarkan pembohongan keterlaluan, kejam dan berniat jahat tentang plaintif dan mengetahui apa yang ditulis sama ada palsu atau melulu,” demikian menurut saman tersebut.

Dalam samannya, D’Ambrosio berkata, 27 wanita berkenaan membuat kenyataan palsu dan bersifat fitnah tentang pengalaman mereka keluar temu janji bersamanya.

Plaintif juga mendakwa bahawa hantaran-hantaran tersebut mengundang penghinaan peribadi, penderitaan dan penderitaan mental, tekanan emosi, kebimbangan serta hilang pendapatan.

Sebagai tambahan, seorang lelaki lain dan syarikat induk Facebook, Meta turut dinamakan dalam tuntutan saman itu.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kutipan Hasil 2025 Cecah RM203.991 Bilion

0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan cukai langsung tertinggi dalam sejarah apabila pertama kalinya melepasi paras RM200 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

CATEGORIES