Pemandu Kenderaan Awam Bawa PATI Boleh Didenda, Dakwaan Palsu- JIM

0
742
Foto: Astro Awani

PUTRAJAYA, 23- Dakwaan kononnya pemandu kenderaan awam yang membawa pendatang tanpa izin boleh dikenakan tindakan undang-undang adalah tidak benar.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini tampil menafikan perkara itu yang telah tular di media sosial sejak akhir-akhir ini, dipercayai dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata jabatan itu sedia maklum bahawa pemandu tidak mempunyai kuasa dan tidak perlu dibebankan dengan pembuktian status penumpang dibawa mereka.

“Bagaimanapun, jika didapati mereka (pemandu) dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan akta, barulah mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“JIM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,”katanya.

Sehubungan itu Roslin menegaskan bahawa notis yang tular menyebut tindakan boleh diambil terhadap pemandu pengangkutan awam yang membawa warga asing tanpa mempunyai dokumen yang sah, adalah palsu.

Beliau turut meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang belum tentu kesahihannya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here