Wednesday, August 5, 2026
HomeLUAR NEGARAPenerjun 'Hilang Kepala', Juruterbang Diharamkan Terbang Pesawat

Penerjun ‘Hilang Kepala’, Juruterbang Diharamkan Terbang Pesawat

Paris: Kecuaian seorang juruterbang Perancis membawa padah apabila dia diharamkan untuk menyertai mana-mana penerbangan selepas mengakibatkan kepala seorang penerjun udara terpotong kerana terkena sayap pesawat.

Portal BBC melaporkan, mangsa, Nicolas Galy, 40, terbabit nahas itu beberapa saat selepas terjun dari sebuah pesawat pada Julai 2018.

Juruterbang yang tidak dinamakan itu didapati bersalah pada Selasa lalu, atas kesalahan pembunuhan tanpa niat.

Berikutan itu, juruterbang berkenaan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Montauban.

Persatuan Sekolah Skydiving Midi-Pyrénées, yang juga majikan kepada juruterbang itu didenda 20,000 euro (kira-kira RM102,222) atas kesalahan berkenaan.

Menurut akhbar Le Parisien, selepas mangsa membuat terjunan, pesawat itu mula terbang rendah ke arah landasan.

Sebelum penerjun udara itu melompat keluar dari pesawat, tiada perbincangan mengenai trajektori yang akan dilalui pesawat.

Memetik fakta perbicaraan pada 19 September lalu, peguam bela mangsa, Emmanuelle Franck, kesal apabila mendapati banyak kelalaian atau kecuaian.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tak Kisahlah Ada Anak 10 Pun, ‘Call Time’ Kena Jaga –...

0
KUALA LUMPUR – Mengakui memahami dilemma ditanggung kakak yang juga pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha juga pernah banyak kali berhadapan dengan individu yang mempunyai...

CATEGORIES