Wednesday, November 25, 2026
HomeHIBURAN“Demi Keselesaan Mata-Mata Saksi Saya” - Syida Melvin Pindah Rumah Baharu Bersama...

“Demi Keselesaan Mata-Mata Saksi Saya” – Syida Melvin Pindah Rumah Baharu Bersama Anak-Anak

Pelakon media sosial, Syida Melvin sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik sebuah video dirinya dan anak-anaknya yang dipercayai telah berpindah ke rumah baharu bersama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syida dilihat sedang melakukan proses pemindahan dengan membawa barangan kelengkapan ke rumah tersebut.

Menurut Syida, keputusannya untuk berpindah ke kediaman baharu adalah demi keselesaan anak-anaknya.

“Demi keselesaan mata-mata saksi saya,”ujarnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dengan keputusannya itu selain mendoakan agar Syida diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan hidup.

Terdahulu, Syida menerusi siaran langsung di media sosial mendesak bekas suaminya, Syafiq untuk keluar dari kediaman yang didakwa dibeli atas namanya.

Perkara tersebut kemudian mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas masing-masing mendedahkan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Untuk info, Syida dan Syafiq bercerai pada 12 Ogos lalu dengan talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.

Sumber – Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kerajaan Pertimbang Namakan Jalan Di Ibu Negara A. Samad Said

0
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menamakan satu daripada jalan di ibu negara dengan nama Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Seri A. Samad...

CATEGORIES