Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAWarga China Buruan NCS Diberkas SPRM, Serah Kepada Kedutaan China

Warga China Buruan NCS Diberkas SPRM, Serah Kepada Kedutaan China

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerusi kerjasama rentas agensi dengan National Commission of Supervision of the People’s Republic of China (NCS), berjaya menahan seorang lelaki warga China.

Individu yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu kemudian diserahkan kepada Kedutaan China di Kuala Lumpur, semalam.

Suspek berusia lingkungan 50-an yang bekerja sendiri itu ditahan pada jam 9 malam, 17 November lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber SPRM berkata, maklumat yang diterima dan disiasat SPRM adalah berkaitan dakwaan suspek memberi wang rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atasnya berkaitan kes penipuan dan pengubahan wang haram.

“Pada masa yang sama, semakan mendapati suspek turut berada dalam senarai individu dikehendaki NCS selain pasport miliknya telah dibatalkan kerajaan China.

“Sehubungan itu, SPRM merujuk kes itu kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Kedutaan China sebelum suspek diserahkan semalam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MCMC Gesa Pengguna Kemas Kini Telefon Untuk Terima Amaran Kecemasan

0
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai mengemas kini sistem operasi telefon mudah alih masing-masing bagi memastikan peranti mereka...

CATEGORIES