Wednesday, November 11, 2026
HomeBERITAHospital Di Belgium Terjejas Akibat Gangguan Rangkaian, Pembedahan Ditangguhkan

Hospital Di Belgium Terjejas Akibat Gangguan Rangkaian, Pembedahan Ditangguhkan

BRUSSELS – Beberapa hospital di Belgium mengalami gangguan rangkaian sehingga menyebabkan pembedahan yang dijadualkan terpaksa ditangguhkan dan perkhidmatan perubatan terganggu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Punca gangguan itu masih belum dapat dipastikan sama ada disebabkan kegagalan teknikal atau serangan siber.

UZ Brussel menjadi hospital pertama yang melaporkan masalah membabitkan sistem teknologi maklumat (IT) dan telefon, menurut penyiar awam VRT.

Susulan kejadian itu, pembedahan dan prosedur perubatan yang dijadualkan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, manakala semua janji temu pesakit luar serta rawatan dibatalkan.

Ambulans turut diarahkan ke hospital lain.

Pihak hospital memaklumkan bahawa pasukan IT sedang menyiasat punca gangguan berkenaan, sambil menegaskan keselamatan pesakit yang sedang menerima rawatan di wad kekal terjamin.

Hospital Sint-Andries di Tielt, Flanders Barat, turut melaporkan masalah rangkaian.

AZ Monica di Antwerp mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sementara sistem rekod pesakit elektroniknya namun janji temu dan pembedahan diteruskan.

Hospital Heilig Hart di Lier pula menjadualkan semula janji temu pesakit, lapor Agensi Berita Belgium, Belga.

Gangguan itu dilaporkan membabitkan sistem rekod pesakit elektronik yang dibangunkan di UZ Brussel dan digunakan oleh beberapa hospital lain.

Sumber – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fazley Yaakob Lamar Vida Dengan Kejutan Romantis Bernilai RM500,000

0
KUALA LUMPUR – Selepas hampir enam bulan hubungan mereka menjadi perhatian, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob akhirnya membuktikan keseriusan cintanya terhadap Datuk...

CATEGORIES