Wednesday, November 11, 2026
HomeBERITA11 Operator Sindiket Penipuan Ditahan Sebelum Sempat Terima Gaji Pertama

11 Operator Sindiket Penipuan Ditahan Sebelum Sempat Terima Gaji Pertama

MELAKA – Belum sempat menerima gaji, 11 warga Thailand yang dipercayai menjadi operator sindiket penipuan dalam talian ditahan dalam serbuan di sebuah unit pangsapuri di Taman Kota Shahbandar, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas, berkata suspek termasuk tujuh wanita berusia antara 18 hingga 36 tahun.

Beliau berkata, serbuan kira-kira jam 10.10 malam itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Melaka Tengah.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka dipercayai terbabit dalam kegiatan itu sejak awal Oktober lalu, namun belum menerima sebarang bayaran gaji.

“Sindiket dipercayai menggunakan taktik menyamar sebagai pegawai khidmat pelanggan agensi penguat kuasa sebelum menghubungi mangsa bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menyasarkan warga Thailand,” katanya.

Beliau berkata, pangsapuri berkenaan dipercayai dijadikan pusat operasi panggilan sindiket itu.

Polis turut merampas 11 komputer riba, 11 telefon bimbit dan sebuah penghala rangkaian (router) Unifi yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM20,000.

Halim berkata, semua suspek direman selama empat hari bermula 10 hingga 13 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fazley Yaakob Lamar Vida Dengan Kejutan Romantis Bernilai RM500,000

0
KUALA LUMPUR – Selepas hampir enam bulan hubungan mereka menjadi perhatian, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob akhirnya membuktikan keseriusan cintanya terhadap Datuk...

CATEGORIES