Tuesday, November 3, 2026
HomeHIBURANLufya Omar Mohon Maaf, Kesilapan Fakta Undang Kecaman Terhadap Dr Fie

Lufya Omar Mohon Maaf, Kesilapan Fakta Undang Kecaman Terhadap Dr Fie

KUALA LUMPUR – Kesilapan berkongsi fakta mengenai detik perkenalan pempengaruh, Dr. Afifah Hidayah Tawfeq atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie, dengan suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar, mengundang kecaman terhadap wanita itu di media sosial.

Menyedari kekhilafan berkenaan, penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, tampil memohon maaf serta memperbetulkan fakta yang dikongsikan sebelum ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Lufya menjelaskan, dia sebenarnya memperkenalkan pasangan itu ketika majlis berbuka puasa pada Ramadan tahun ini, iaitu Februari lalu, bukannya pada 2025 seperti yang tersilap dinyatakan.

“Ada sedikit kesilapan fakta dalam perkongsian saya sebelum ini mengenai kisah perkenalan Dr Fie dan Kapten Amrul.

“Untuk penjelasan, saya sebenarnya mula memperkenalkan mereka ketika majlis berbuka puasa bersama pada Ramadan tahun ini, iaitu Februari 2026, bukannya Ramadan tahun lepas seperti yang tersilap ditulis,” katanya.

Lufya turut meluahkan rasa kesal apabila kesilapan fakta itu mencetuskan salah faham sehingga Dr Fie menjadi sasaran tohmahan dan menerima komen kurang menyenangkan di media sosial.

Justeru, dia merayu orang ramai agar menghentikan spekulasi liar serta tidak terus menyalahkan pempengaruh berkenaan.

“Saya mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila kesilapan tahun itu menyebabkan timbul salah faham dan komen negatif terhadap Dr Fie.

“Janganlah disebabkan kesilapan fakta daripada perkongsian saya, orang lain pula yang terpaksa menanggung akibat dan menerima kecaman. Yang silap itu datang daripada diri saya sendiri,” katanya.

Mengimbau detik pertemuan pasangan itu, Lufya berkata, dia dapat melihat keserasian dan bibit perhubungan antara mereka sejak kali pertama bersua.

Dia turut menzahirkan rasa gembira atas ikatan perkahwinan pasangan berkenaan, selain menitipkan doa agar mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Saya tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka dan mendoakan semoga perkahwinan Dr Fie dan Kapten Amrul sentiasa diberkati Allah SWT, dipenuhi limpahan kasih sayang serta berkekalan hingga ke Jannah.

“Semoga penjelasan ini dapat meluruskan kembali segala salah faham yang timbul,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Fie sah bergelar isteri kepada usahawan berkenaan pada Ahad lalu.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dia Pukul Anak Saya, Sebelum Itu Dia Pukul Wanita Lain’

0
PETALING JAYA – Seorang bapa mendakwa dua anaknya menjadi mangsa tindakan kasar seorang wanita tidak dikenali ketika berkunjung ke sebuah pusat membeli-belah di Kuala...

CATEGORIES