Thursday, October 8, 2026
HomeHIBURANHilang IC Kali Ketiga, Azhan Rani ‘Berdarah-Darah’ Ke JPN

Hilang IC Kali Ketiga, Azhan Rani ‘Berdarah-Darah’ Ke JPN

PETALING JAYA – Belum sempat menarik nafas selepas seharian di set penggambaran, pelakon Azhan Rani terpaksa ‘berkampung’ di balai polis gara-gara dompetnya yang mengandungi kad pengenalan (IC) didapati hilang mungkin tercicir sewaktu bekerja.

Azhan, 50, berkata, insiden yang dipercayai berlaku ketika menjalani penggambaran di Pasar Kajang pada Isnin lalu itu merupakan kehilangan IC yang ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

“Cerita semalam, dompet aku dalam beg silang hilang lagi. Kali ini dekat set penggambaran di Pasar Kajang.

“Aku tak perasan bila hilang sebab tak buka beg itu. Kunci kereta dalam itu pun aku tak keluarkan sebab sensor saja. Asal dekat boleh saja start,” katanya menerusi perkongsian Instagram.

Menurutnya, sebaik menyedari ketiadaam dompet berkenaan, dia cuba mencari semula semua barang peribadinya termasuk menyelongkar keretanya walaupun jam suda menunjukkan pukul 2.30 pagi.

Begitupun, katanya dia terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Kajang selepas tidak menjumpai dompet peribadi tersebut dengan urusan berkenaan hanya selesai hampir pukul 4 pagi.

“Dramalah lepas itu, habis geledah kereta sampai 2.30 pagi. Lepas itu buat laporan dekat Balai Polis Kajang, gedebak-gedebuk sampai dekat pukul 4 pagi.

“Balik terus pengsan macam orang baru balik clubbing,” ujarnya berseloroh.

Pelakon drama Bersiri Bulan Henti Bicara itu turut mengakui tidak mendapat waktu tidur mencukupi apabila terpaksa bangun awal pagi bagi menguruskan pula penggantian IC sebelum ke set penggambaran.

Kongsi Azhan lagi, keadaan bertukar lucu apabila dia ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kajang dalam keadaan wajah serta tubuhnya dipenuhi darah.

“Awal pagi bangun, set hati ini dekat stesen bas Kajang. Dongak atas, ada pejabat Pendaftaran Negara. Hari ini pula babak aku comot-comot berdarah-darah.

“Pergi ambil nombor giliran, sambung shooting lepas itu lari balik dengan tangan darah-darah. Macam kena serang gorila,” katanya yang menyalahkan diri atas kecuaiannya.

Selain kepada pihak produksi dan pengarahnya Eyra Rahman,  Azhan tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan kepada kakitangan JPN Kajang yang membantu memudahkan urusannya mendapatkan IC sementara.

“Terima kasih kakitangan JPN Kajang bantu dan memudahkan saya dapatkan IC sementara tadi.

“Terima kasih juga pengarah Eyra Rahman dan team bagi masa aku selesaikan masalah ini tadi walaupun hari ini semua babak melibatkan aku,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Guru Kontrak Bakal Dapat Tawaran Lantikan

0
KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,150 calon guru yang dilantik secara kontrak (CoS) akan menerima surat tawaran lantikan pada bulan ini bagi menampung kemasukan pelajar...

CATEGORIES